Sunday 30 September 2012

Peringatan buat kaum suami :)

Tengah aku mencari2 resepi.. aku terbaca lak kat blog kakak ni.. buat peringatan kan.. so tertarik dgn isinya ku pun paste kat sini juga..

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias ! rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax seda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan beda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ‘degil’ tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman

‘Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan’

Mekanik oh mekanik!



Jumat lepas ktaorang balik kampung.. Macam biasalah kan.. Bila ujung bulan jer ktaorang suami isteri balik kampung sebab hensem boy tinggal dengan mak ayah dikampung.. Niat nak bawak hensem boy tu balik kuching tapi mak bagi seribu alasan tak kasi arfan ikut balik.. Katanya arfan tak macam budak lain lah, tak yakin dengan nurserylah (yang ni aku setuju), tunggu besar sikitlah.. Takpe.. Janji arfan sihat.. Anak maknek katakan.. Huhuhu.. Lagipun arfan tau mana mak ayah dier.. Bila org tanye dier jawap.. Ma jaaaa.. (mama kerja).. Ha'a.. sayang.. Mama kerja.. Nanti bila dah stabil mama dan ayah bawak arfan tinggal sama ek? InsyaAllah.. Bukan tak sayang anak tapi keadaan tak mengizinkan.. Kadang2 mengalir gak airmata ni bila rindu dengan arfan ni.. Sapa kata tak rindu? Memang kejam kan? Huhuhu.. Tuhan jer tahu.. Eh.. Meracau lak aku.. Sedangkan aku nak cerita pasal mekanik.. Kekeke.. Nak dijadikan cerita.. Sebelum nak balik kampung, macam biasa lah.. G service kereta.. Bila jer encik mekanik bukak bonet depan diaorang kata minyak hitam melimpah keluar.. Erkk.. Pasal lak? Encik mekanik kata maybe orang service sebelum ni tuang minyak tu banyak sangat.. Ooo.. Bila aku ingat balik.. Aku tak hantar kat tempat biasa sebab haritu aku tuka "absober"(btol ke? Hahhaa) hantar kat bengkel lain.. Dah tu aku tinggalkan kereta tu kat bengkel.. Aku tak tunggu.. Tu pasal lah diaorang buat sambil lewa jer.. Aihh.. Boleh lak buat kereta org macam tu.. Peringatan buat aku.. Jangan tinggalkan kereta kalau nak service.. Tengok2 jugak.. Kang tak pasal2 diaorang buat mcm2 kereta kta tu.. Huh!




nih hubby hantar kat tempat biasa.. huhu

Friday 28 September 2012

Bajet 2013

Orang kecoh pasal bajet 2013.. Ada yg duduk menghadap tv.. Aku lak on da way balik kampung.. Huhuhu.. Harap2 ada berita baik ek.. Amin.. Hehehehe

Thursday 27 September 2012

Ayam bakar madu


Lemau jer rasa balik keja ptg semalam.. Ku gagahi jua ke dapur.. Adui.. Beginilah rupa wanita berkerjaya.. Cewahhh.. Hahaha.. Nak buat simple2 jer dinner malam semalam.. Tak larat sangat rasanya.. Okay.. Aku sertakan sekali resepi ni sebab cousinku kak sayla (eh.. Eh.. Hahaha) ada bertanya pasal resepi ni..

Bahan2nya

6 ketul sayap ayam
Halia sebesar ibu jari - dikisar
Bawang merah - dikisar
Bawang putih- dikisar
2 sudu makan ciliboh
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos manis ABC
1 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk kunyit
Secukup rasa ajinomoto
Sedikit minyak


Cara2nya

Panaskan dulu oven 180c. Kemudian gaulkan rata bahan2 tadi. Susun ayam tadi diatas kertas aluminium kemudian tuangkan sedikit minyak diatas ayam yang disusun tadi.. Dan bakar sehingga masak
Jangan tinggalkan ayam tu.. Setiap 15 minit terbalikkan ayam tu.. Takut nanti jadi arang.. Kang kempunan lak.. Ekeke..



sayap yang dah siap2 dipotong dan di bersihkan



gaul rata dengan bahan2 tu tadi


susun atas kertas aluminium






tadaa.. kan.. leleh jer air liur.. kekeke

Untuk tatapan..

Nampak sangat ayat tu menunjuk2kan.. Hahaha.. Takpe.. Yang ni memang buat tatapan mata.. Hahaha



Untuk baby adam

beberapa hari ni aku terbaca satu page ni.. Pray For Adam.. aku scroll2 bawah.. semakin aku baca, semakin sedih pulak hati aku.. ni pasal seorang baby ni yang sakit.. kecik2 dah merasa sakit yang amat sangat.. kadang2 sampai menitis airmata ni.. ni info yang saya dapat dari laman facebook nya  facebook.com/AhmadAdamSyukri.


“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”


tambah2 lagi bila dapat tahu baby adam ni ada kat sarikei.. Dikampung aku.. insyaAllah sekiranya ada kelapangan aunty melawat baby adam yer.. bila tengok baby sakit ni, sensitif sangat.. Marilah kita doakan untuk kesejahteraan dan semoga baby adam sembuh seperti kanak2 lain.. semoga ibubapa adam tabah.. kekuatan anak bergantung dengan ketabahan ibubapa.. kmk doakan semoga baby adam   sihat macam miak lain k? mak adam.. u must strong! :)

Wednesday 26 September 2012

Popia sardin

Ni minum petang minggu lepas.. Aku agak2 jer lah kan.. Sebab aku buat popia ni siap buat frozen sekali.. Org pemalas mcm aku ni sesuai sangat buat popia sardin ni untuk minum petang.. Simple sangat2.. Hehehe.. Nah.. Resepinya...

Bahan2nya
1tin besar sardin (apa2 jenama tapi aku guna king cup)
20 helai kulit popia
1biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia (lebih kurang sebesar ibu jari)
Garam secukup rasa
Telur untuk melekat kulit popia

Cara2nya
Bawang besar, halia dan bawang putih dikisar (kalau nak hiris2kan boleh jugak).. Panaskan minyak, tumiskan bahan yg dah dikisar sehingga naik baunya.. Pastu masukkan sardin.. Kacau sambil hancurkan ikan sardin tu tadi dan masukkan garam.. Apabila dah siap.. Ketepikan dulu.. Biarkan sejuk.. Bila dah sejuk baru lah digulung dengan kulit popia tu tadi.. Lepas tu.. Bolehlah digoreng.. Goreng sehingga warnanya keemas-emasan.. (wahh.. Ayat.. Hahahah)..





Simple kan.. Hehehe.. Kawan2 yang masih dalam pantang tu.. Telan air liur lah ek (ainee n kak mel).. Kekekeke

Assalammualaikum pembuka kata..

Untuk pengetahuan korang.. Ini blog yg ke dua.. Blog pertama ku masih ada tapi aku terlupa lak password nya.. Haru tol.. Abis segala email2 lama aku selongkar.. Tak jumpe pun passwordnya.. Erm.. Sedih gaklah.. Sbb kat dalam tu ada resepi2 masakan.. Adoi.. Ni lah dia.. Apabila menghidap penyakit lupa.. Kekekeke.. Takpe.. Nanti akan ku updatekan segala resepi yg aku ada.. InsyaAllah.. Kalau penyakit M tak menyeranglah kan? :p



aku rindu budak nih sebenarnya.. tu yang selongkar blog lama tu.. tapi apakan daya.. huhuhu