Friday 9 November 2012
crochet brooch!
Wednesday 7 November 2012
Lasagna
Bahan utama
Kepingan lasagna
Bahan2 untuk inti
Sos prego
Sebungkus daging / ayam cincang
Cendawan butang ( dihiris )
Black pepper
Serbuk oregano ( tak letak pun takpe )
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar(dicincang)
Keju mozarella
Keju parmesan
1 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Bahan2 sos putih
2 keping Cheddar cheese
2 sudu makan butter
250ml susu segar full krim
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Cara membuat inti
Cairkan butter, masukkan tepung gandum.. Gaul sebati.. Pastikan api kecil.. Gaul sehingga tidak berketul.. Masukkan susu, kemudian masukkan cheddar cheese.. Gaul sehingga cheese tidak kelihatan(cair).. Akhir sekali masukkan garam. Tunggu sehingga likat barulah api ditutup..
Cara melapis lasagna
Panaskan air untuk merebus kepingan lasagna.. Rebus sekejap kepingan tersebut untuk melembut kepingan lasagna.. Bila kepingan direbus terlebih dahulu cepat lasagna masak.. Selepas direbus, susun kepingan lasagna didalam loyang.. Susun sehingga menutup loyang.. Saiz loyang terpulang.. Sukati korang.. Kalau nak guna yg besar pun boleh.. Selepas susun korang tabur lak inti daging tadi.. Kemudian tuangkan sos putih. Tuang biar kasi banjir.. Hehe.. Taburkan cheese parmesan dan mozarella.. Ulang balik cara yang sama.. Sukati korang nak buat berapa layer.. Standard 3 layer.. Make sure oven dah dipanaskan dulu dengan suhu 180 celslus selama 30-40 minit.. Dah siap! Hehehe
s
Sunday 28 October 2012
Aktiviti cuti
Maaflah.. Lama betul tak update blog.. Bz dengan macam2 aktiviti.. Hari khamis haritu bos kitaorang bagi cuti setengah hari.. Punya lah satu opis gembira.. Bukan apa.. Sebab hari jumaat tu kan hari raya haji.. So diberi pelepasan lah kan.. Aku lak ambik kesempatan cari baju untuk dinner 2 november ni.. Hehehe.. Malam tu pulak aku sibuk wat kari bagai.. Pestaim buat sendiri untuk hari raya.. Selalunya mak aku yg jadi guide.. Sebab tak balik kampung kan.. Padan lah muka.. Hehehe.. Hari jumaat tu aku dengan hubby pagi2 dah ke rumah mak mentua aku.. Sebab hubby nak sembahyang kat masjid perumahan mak dia.. Aku ikut jer lah kan.. Huhuhu.. Abis jer makan2, sembang2.. Kitaorg g jalan2 kat boulevord dan the spring.. Saja jer cuci mata.. Windows shopping ckit.. Hehe.. Yang peliknya.. Org lain sibuk dengan kari ketupat.. Kitaorang lak g makan lagi kfc.. Tak jemu lansung.. Haiyaa.. Sampai ke malam aku dan hubby berjalan.. Penat tau.. Hari sabtu lak hubby keja.. Katanya ke site.. Aku lak dah ready wat plan nak g ambik hook crochet dgn kawan aku.. Pegi mall beli ayam sebab dah plan nak wat ayam rosemary.. Singgah sat kat sekolah sebab kawan opis mintak tolong atur internet.. Lepas tu g beli benang kait.. Yang satu hal aku beli sampai 17 jenis.. Nak pulak naik skuter.. Korang mejinlah.. Dengan brg2 yang aku beli kat mall.. Dengan benang aku lagi.. Botol olive oil aku lak berbunyi ketang ketung sbb berlanggar dengan botol season all aku.. Korang mejin lah sendiri.. Hahaha.. Petang tu pulak aku dengan hubby jalan2 sekitar kenyalang park.. Sebab kawan aku cakap kat situ ada kedai benang.. Aku lak exticed giler bila jumpa kedai tu.. Hihihi.. Pagi ahad lak aku sibuk pujuk hubby aku suruh bawak pegi pasar minggu.. Nak cari ketam katanya tp tak jumpa.. Frust sangat tau.. Huhuhu.. Tengahari lak dapat jemputan abang ipar aku.. Diaorang wat birthday party untuk anaknya yang sama baya dengan arfan.. G cari lak hadiah untuk si rayyan.. Aku beli sekali untuk arfan.. Hehehe.. So hari ni aku cuti masak.. Tapau jer kat scr.. Kekeke.. Lepas birthday party aku dengan hubby cepat2 g kuching central ambik adik aku baru balik dr kampung.. Lepas tu hantar dia kat Ikm.. Lepas tu hubby ajak g umah mak mentua aku.. Aku lak dah surrender.. Dah penat sangat.. So aku tggal kat umah.. Aku masak simple2 jer untk dinner tadi.. Tak larat dah.. Kekeke.. Panjang gak cerita aku nih.. Ni cerita untuk 4 hari.. Sekian.. Hahaha
Wednesday 24 October 2012
selamat menyambut hari raya haji!
Monday 22 October 2012
mengapa anak agresif?
Sunday 21 October 2012
masterchef!
Saturday 20 October 2012
tudung syria
plan baik punyer!
selamat petang ouls.. (reedit)
hekhekhek.. penuh dengan cheese..
meh aku sertakan resepinya..
bahan2 untuk doh:
500g tepung gandum
sebungkus kecik yis
gula dan garam secukup rasa
air sejuk
bahan2 utk topping:
1bungkus sosej (dipotong serong)
2-3 biji tomato
1 biji telur
mayonis
cheedar cheese
sos cili
error!
Thursday 18 October 2012
aksi-aksi kami
Pertandingan bola baling hari pertama
Tuesday 16 October 2012
Pertandingan Bola Baling Peringkat Sekolah
Monday 15 October 2012
sabah!
aku ke sabah lepas raya puasa hari tu... kursus kat Intan Sabah selama 3 hari 2 malam.. (lama sungguh! pemaleh sunggoh budak nih nak apdat! kekeke) sebenarnya aku tak ingat kat mana aku letak pic aku ke sabah haritu.. nasib bait hubby yang simpan.. siap dia simpan kat externel hardisk nya.. pelik kan.. aku punyer pic.. hubby yang simpan.. bukan apa.. aku suka ambik gambar jer.. bila pat simpan2 gambar nih.. MALAS!.. hahaha..
Friday 12 October 2012
Selamat berhujung minggu!
Tak sempat nak update apa2 semalam.. Penyakit malas tetiba datang.. Hehe.. Hari ni sibuk lak.. Macam2 aktivit hari ni.. Huhu.. Pagi ni pegi rumah mentua.. Encik hubby nak g cuci kereta.. Kat rumah mak mentua senang sikit nak cuci.. Katakan jer lah nak jimat yer tak? Hahaha.. Tengahari sikit nak g hospital.. Ziarah mak saudara hubby masuk hospital sebab kanser usus tahap 3.. Petang sikit teman adik lelaki aku pergi beli tiket bas.. Sebab raya haji tahun ni aku ngan hubby tak balik.. Huhuhu.. Kesian arfan raya dengan mak nek dan pak nek.. Ayah dgn mama tak balik., huhuhu.. Pagi tadi siap2 buat bekpes.. Goreng nasik jer.. Cukuplah tu.. Buat alas perut.. Tak lah kebulur.. Hehehe.. Okaylah.. Kitaorg dah nak ke hospital.. Daa..
Wednesday 10 October 2012
Adam & Hawa
hehehe.. semalam kena serang migrain sampai takleh bangun..
lepas makan malam terus telan pil lepas tu pengsan tak sedar2 sampai ke pagi..
nasib baik sedar dalam pukul 6.30pg.. hehhe
termenung jap kat katil teringat lak malam tadi tak sempat tonton cerita Adam & Hawa..
aku tak ikut cerita nih dari awal episod.. ingatkan tak best.. dulu pernah baca novel
cerita ni tapi entah lah.. macam tak best.. tak suka perempuan2 ego nih..
Ain Hawani ni kan perempuan ego kat dalam cerita nih..
tu pasal kot.. lebih2 lagi yang bawak watak Ain ni tak cun di mata aku..
lama2 aku tengok cerita nih.. makin cun lak.. hehehe
orang lain dah lama dah post sinopsis cerita nih..
aku jer lambat... tak per.. aku teruskan jugak.. hahaha
ADAM DAN HAWA (ASTRO)
SALURAN TV: Mustika HD
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MULAI: 27 Ogos ini
MASA: 10 Malam
PELAKON: Aoran aziz, NADIYA NISAA
EPISOD : 80 Episod
Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
SUMBER ARTICLE : perekacerita & Youtube
Tuesday 9 October 2012
Ahmad Adam Syukri
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
161136331818 (MAYBANK)
nasi ayam goreng
Monday 8 October 2012
good luck!
Sunday 7 October 2012
page baru adik adam
salam semua.. sebelum ni aku ada bercerita pasal baby adam ni.. seminggu dah aku check kat page dia, takde perkembangan.. so aku pikir mungkin ada masalah talian internet kot.. tu yang takde update tu.. rupa-rupanya page baby adam kena hacked.. astaga.. page org dalam kesusahan pun nak dihacked.. kenapalah manusia sekarang nih.. insaflah oi.. mereka memerlukan bantuan.. bukannya ditambah kesusahan.. takpe.. selalunya DOA ORANG DALAM KESUSAHAN NI TERMAKBUL.. kazen aku ada bagi link page baru untuk baby adam.. semoga dilindungi.. http://www.facebook.com/pages/Ahmad-ADAM-SYUKRI-SN/189674197835694?fref=ts boleh like kat link nih.. thanks kak sayla..hehe.. sehari tak dengar perkembangan adam rindu giler.. dah anggap macam anak sendiri.. semoga Allah mendengar doa-doa kami.. Amin.. PRAY FOR ADAM
Saturday 6 October 2012
untuk sang isteri..
2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.
3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.
4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.
5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.
6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.
7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.
9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.
11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.
12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.
13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.
15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.
16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.
17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.
18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.
19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.
20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.
21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.
22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.
24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.
25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur. 2
6. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.
27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta’awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 ‘Qul’.
29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.
30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.
31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.
32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.
33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.
34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.
35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.
36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.
37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.
38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.
39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.
40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.
42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.
43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.
44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.
45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.
46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita. 47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.
49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita. 50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin
Selamat Hari Lahir
Friday 5 October 2012
Each a cup
Tapi petang semalam hubby tiba2 lak kata nak jugak.. So.. Aku order ice blended caramel with coffee jelly.. Hubby lak nak choclate oreo with puding.. Frust gak hari tu big pearls dah abis.. Aku suka minum benda ni sebab big pearls tu lah.. Dah setengah aku sedut baru teringat... Aku kan migrain.. Takleh minum kopi dulu.. So.. Aku sedut sampai habis.. Rugi tau.. Ingat nak buang ye tak.. Takde maknanya aku nak buang.. Hahahha.. Bila dah petang sikit barulah migrain aku menyerang balik.. Dalam hati tu menyesal gak sedut benda alah tu.. Tapi menyesal tu sekejap jer.. Kekeke