Wednesday 10 October 2012

Adam & Hawa



tak tau nak letak tajuk aper.. mendung jer pagi nih.. malas semacam jer..
hehehe.. semalam kena serang migrain sampai takleh bangun..
lepas makan malam terus telan pil lepas tu pengsan tak sedar2 sampai ke pagi..
nasib baik sedar dalam pukul 6.30pg.. hehhe
termenung jap kat katil teringat lak malam tadi tak sempat tonton cerita Adam & Hawa..
aku tak ikut cerita nih dari awal episod.. ingatkan tak best.. dulu pernah baca novel
cerita ni tapi entah lah.. macam tak best.. tak suka perempuan2 ego nih..
Ain Hawani ni kan perempuan ego kat dalam cerita nih..
tu pasal kot.. lebih2 lagi yang bawak watak Ain ni tak cun di mata aku..
lama2 aku tengok cerita nih.. makin cun lak.. hehehe
orang lain dah lama dah post sinopsis cerita nih..
aku jer lambat... tak per.. aku teruskan jugak.. hahaha


ADAM DAN HAWA (ASTRO)
SALURAN TV: Mustika HD
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MULAI: 27 Ogos ini
MASA: 10 Malam
PELAKON: Aoran aziz, NADIYA NISAA
EPISOD : 80 Episod



SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.




Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.


Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.



SINOPSIS VERSI NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.



Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.


 Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



meh layan OST Adam & Hawa




 gandingan suara hafiz dengan Dato Siti Nurhaliza ni memang meletop!



.

SUMBER ARTICLE : perekacerita & Youtube

No comments:

Post a Comment