Saturday 20 October 2012

selamat petang ouls.. (reedit)

setakat petang takde g mana2..
tadi ada gak request hubby g jalan2..
katanya nak siapkan keja ckit.. lepas tu leh kuar..
abis jer hubby wat keja dia bantai tido lak..
tengok jer hubby tido terus jer pikir.. cancel lah nak g cuci mata nih..
boring tak tau nak wat aper.. g godek2 kat dapur..
tengok cheese masih ada kat dalam petiais..
terus terniat dihati nak wat pizza..
takde lah buat betul2 macam pizza kat pizzahut tu..
bahan2 topping tu ada sosej jer..
bantai jer lah..mintak tolong hubby sat.. 
tolong belikan tepung gandum tinggal ckit jer lagi..
terus pesan mayonis dengan sos cili skali.. 
kata nya cukup bahan yer tak.. hahaha

so.. menjadilah jugak pizza aku nih..
aku belajar dari mak aku..
dulu masa kecik ktaorang suka makan pizza nih..
bila tme bulan puasa.. baunya harum giler..
mencabar iman tau..
bila dah dewasa nih.. salu gak buat untuk adik2..
sampaikan adik aku yang bongsu cakap..
"kalau eja ada.. mesti makan yang sedap2.."
hehe.. aku suka masak kat kampung bukan apa..
aku takyah sibuk2 nak beli bahan.. mak dah ready siapkan..
tunggu nak masak jer lagi..kekke..
selalunya kalau adik aku cakap mcm tu..mak aku akan sambung..
"kalau korang rajin tolong mak.. hari2 korang makan sedap"
kan dah kena dengan mak..

meh ku tayang pizza aku..



hekhekhek.. penuh dengan cheese..

meh aku sertakan resepinya..

bahan2 untuk doh:

500g tepung gandum
sebungkus kecik yis
gula dan garam secukup rasa
air sejuk

cara2nya:
 satukan tepung gandum, gula, garam dan yis tadi..gaul rata dengan jari.. kemudian masukkan air sedikit demi sedikitsehingga boleh diuli..sekiranya lembik, boleh tambahkan tepung..rehatkan sebentak sehingga doh tadi naik.

bahan2 utk topping:
1bungkus sosej (dipotong serong)
2-3 biji tomato
1 biji telur
mayonis
cheedar cheese
sos cili
Korang leh letak isi ayam, daging atau apa2 jer

Ulikan doh tadi ke atas loyang kecil.. Cucuk2 kan dengan garfu. Ratakan sos cili diatas doh tadi lepas tu, susun sosej tadi atas doh.. Selang selikan dengan tomato.. Paipkan sos cili diatas susunan sosej dan tomato tadi.. Kemudian paipkan mayonis.. Taburkan cheese diatas nya.. Dan last sekali tuangkan telur yang dah dipukul.. Pukul guna garfu jer dah cukup.. Takyah guna mixer.. Bakar dalam suhu 140c selama 25min.. Bergantung dengan oven masing2.. 

 P/S : maaf ler.. Ayat tunggang langgang.. Hahahah

No comments:

Post a Comment