Sunday 28 October 2012

Aktiviti cuti

Maaflah.. Lama betul tak update blog.. Bz dengan macam2 aktiviti.. Hari khamis haritu bos kitaorang bagi cuti setengah hari.. Punya lah satu opis gembira.. Bukan apa.. Sebab hari jumaat tu kan hari raya haji.. So diberi pelepasan lah kan.. Aku lak ambik kesempatan cari baju untuk dinner 2 november ni.. Hehehe.. Malam tu pulak aku sibuk wat kari bagai.. Pestaim buat sendiri untuk hari raya.. Selalunya mak aku yg jadi guide.. Sebab tak balik kampung kan.. Padan lah muka.. Hehehe.. Hari jumaat tu aku dengan hubby pagi2 dah ke rumah mak mentua aku.. Sebab hubby nak sembahyang kat masjid perumahan mak dia.. Aku ikut jer lah kan.. Huhuhu.. Abis jer makan2, sembang2.. Kitaorg g jalan2 kat boulevord dan the spring.. Saja jer cuci mata.. Windows shopping ckit.. Hehe.. Yang peliknya.. Org lain sibuk dengan kari ketupat.. Kitaorang lak g makan lagi kfc.. Tak jemu lansung.. Haiyaa.. Sampai ke malam aku dan hubby berjalan.. Penat tau.. Hari sabtu lak hubby keja.. Katanya ke site.. Aku lak dah ready wat plan nak g ambik hook crochet dgn kawan aku.. Pegi mall beli ayam sebab dah plan nak wat ayam rosemary.. Singgah sat kat sekolah sebab kawan opis mintak tolong atur internet.. Lepas tu g beli benang kait.. Yang satu hal aku beli sampai 17 jenis.. Nak pulak naik skuter.. Korang mejinlah.. Dengan brg2 yang aku beli kat mall.. Dengan benang aku lagi.. Botol olive oil aku lak berbunyi ketang ketung sbb berlanggar dengan botol season all aku.. Korang mejin lah sendiri.. Hahaha.. Petang tu pulak aku dengan hubby jalan2 sekitar kenyalang park.. Sebab kawan aku cakap kat situ ada kedai benang.. Aku lak exticed giler bila jumpa kedai tu.. Hihihi.. Pagi ahad lak aku sibuk pujuk hubby aku suruh bawak pegi pasar minggu.. Nak cari ketam katanya tp tak jumpa.. Frust sangat tau.. Huhuhu.. Tengahari lak dapat jemputan abang ipar aku.. Diaorang wat birthday party untuk anaknya yang sama baya dengan arfan.. G cari lak hadiah untuk si rayyan.. Aku beli sekali untuk arfan.. Hehehe.. So hari ni aku cuti masak.. Tapau jer kat scr.. Kekeke.. Lepas birthday party aku dengan hubby cepat2 g kuching central ambik adik aku baru balik dr kampung.. Lepas tu hantar dia kat Ikm.. Lepas tu hubby ajak g umah mak mentua aku.. Aku lak dah surrender.. Dah penat sangat.. So aku tggal kat umah.. Aku masak simple2 jer untk dinner tadi.. Tak larat dah.. Kekeke.. Panjang gak cerita aku nih.. Ni cerita untuk 4 hari.. Sekian.. Hahaha

Wednesday 24 October 2012

selamat menyambut hari raya haji!

hai semua.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!  dah 2 hari tak apdet blog.. 
so hari ni ada free sikit sebab budak2 cuti peristiwa kan..
bos kitaorang kasi halfday.. yihaaa.. hahaha

pagi tadi masa nak hantar hubby kerja tengok org berjual sarung ketupat
banyak betul.. sepanjang jalan dekat jalan gambir diaorang jual..
aku lak 1st time tengok.. snap snap snap!
hahahah


maaf ek.. kualiti gambar kurang jelas sebab masa ni hubby tengah drive laju sangat..


nampak tak daun tu.. diaorang dah siap2 packing untuk dijual


okay lah.. cukup untuk hari ni.. mood aku tengah berubah2 ni.. 
tahun ni raya haji kat kuching jer.. tak balik kampung..
rindulah dengan mak ayah dan arfan..
apakan daya.. huhuhu




Monday 22 October 2012

mengapa anak agresif?


aku terbaca satu artikel ni.. tentang kanak-kanak argesif.. bukan apa.. anak aku ni tergolong dalam kategori yang argesif.. bukan yang tahap membimbangkanlah.. meh aku kongsikan satu artikel daripada fanpage Prof. Dr. Rozieta Shaary


MENGAPA ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF? Atau sebenarnya mereka itu LEBIH EKSPRESIF!


Salam Semua,

Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1)   Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang  tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2)   Setiap generasi mempunyai karacter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3)   Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Mengatasi Perkara ini.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

Sunday 21 October 2012

masterchef!

semalam dah sebenarnya adik ipar aku wat plan nak masak spagetti tp tak tau nak masak sos nya.. so ada gak dia suruh aku masak.. aku cakap call jer lah.. nanti datang.. aku tunggu dari tengahari tadi tak gak call so pikir tak jadi kot.. tengah aku mengait lapik meja tetiba lak adik ipar aku yg laki call tanyer mcm mana nak masak sos.. rupanya diaorang buat plan tapi lambat ckit.. aku beria2 lah cakap bahan-bahan last2 adik ipar aku cakap nanti ambik kat rumah jer.. aku cakap hubby takde g hantar adik aku ke IKM.. tggu hubby aku balik baru g rumah mak mentua aku.. 10min lepas tu tetiba lak pintu rumah diketuk.. rupanya adik ipar datang.. ambik brg ttinggal haritu.. aku pikir baik aku tumpang jer g umah mak mentua aku.. tak yah guna kereta kan.. kereta baru lepas dimandikan.. hahaha..



aku tak minat sangat makan spagetti ni.. jemu kot.. hehe
silalah menjamu mata.. kekeke


okaylah.. itu sahaja untuk hari ini.. 

Saturday 20 October 2012

tudung syria



jeng jeng! hehehe..


nilah plan baik punyer yang aku kata tadi..
aku wat sendiri tau! hehe.. lepas ni kalau sapa2 nak mintak tolong watkan..
no hal.. dengan segera aku jahitkan.. simple jer..
aku lebih suka guna tudung syria daripada tudung express..
bukan apa.. aku tak suka awning tu..
nak cuci tak keh masuk mesin..
aku kan pemalas.. mcm korang tak paham lak.. hahahha
yang kecik tu anak tudung.. aku wat skali bukan apa..
leh pakai dengan tudung syria yang lain ye tak? hehe

plan baik punyer!

hari ni aku ada plan.. baik punyer..
jadi ke tak tu kta pikir kemudian..
bila jadi nanti aku apdat ek? :p

selamat petang ouls.. (reedit)

setakat petang takde g mana2..
tadi ada gak request hubby g jalan2..
katanya nak siapkan keja ckit.. lepas tu leh kuar..
abis jer hubby wat keja dia bantai tido lak..
tengok jer hubby tido terus jer pikir.. cancel lah nak g cuci mata nih..
boring tak tau nak wat aper.. g godek2 kat dapur..
tengok cheese masih ada kat dalam petiais..
terus terniat dihati nak wat pizza..
takde lah buat betul2 macam pizza kat pizzahut tu..
bahan2 topping tu ada sosej jer..
bantai jer lah..mintak tolong hubby sat.. 
tolong belikan tepung gandum tinggal ckit jer lagi..
terus pesan mayonis dengan sos cili skali.. 
kata nya cukup bahan yer tak.. hahaha

so.. menjadilah jugak pizza aku nih..
aku belajar dari mak aku..
dulu masa kecik ktaorang suka makan pizza nih..
bila tme bulan puasa.. baunya harum giler..
mencabar iman tau..
bila dah dewasa nih.. salu gak buat untuk adik2..
sampaikan adik aku yang bongsu cakap..
"kalau eja ada.. mesti makan yang sedap2.."
hehe.. aku suka masak kat kampung bukan apa..
aku takyah sibuk2 nak beli bahan.. mak dah ready siapkan..
tunggu nak masak jer lagi..kekke..
selalunya kalau adik aku cakap mcm tu..mak aku akan sambung..
"kalau korang rajin tolong mak.. hari2 korang makan sedap"
kan dah kena dengan mak..

meh ku tayang pizza aku..



hekhekhek.. penuh dengan cheese..

meh aku sertakan resepinya..

bahan2 untuk doh:

500g tepung gandum
sebungkus kecik yis
gula dan garam secukup rasa
air sejuk

cara2nya:
 satukan tepung gandum, gula, garam dan yis tadi..gaul rata dengan jari.. kemudian masukkan air sedikit demi sedikitsehingga boleh diuli..sekiranya lembik, boleh tambahkan tepung..rehatkan sebentak sehingga doh tadi naik.

bahan2 utk topping:
1bungkus sosej (dipotong serong)
2-3 biji tomato
1 biji telur
mayonis
cheedar cheese
sos cili
Korang leh letak isi ayam, daging atau apa2 jer

Ulikan doh tadi ke atas loyang kecil.. Cucuk2 kan dengan garfu. Ratakan sos cili diatas doh tadi lepas tu, susun sosej tadi atas doh.. Selang selikan dengan tomato.. Paipkan sos cili diatas susunan sosej dan tomato tadi.. Kemudian paipkan mayonis.. Taburkan cheese diatas nya.. Dan last sekali tuangkan telur yang dah dipukul.. Pukul guna garfu jer dah cukup.. Takyah guna mixer.. Bakar dalam suhu 140c selama 25min.. Bergantung dengan oven masing2.. 

 P/S : maaf ler.. Ayat tunggang langgang.. Hahahah

error!

sori ek kawan2.. aku terpaksa revert to draf resepi pizza aku..
entah naper lak bila aku publish resepi tu trus error blog aku nihh..
aku try godek2 serting tu nanti..
tme nih aku apdate guna tab.. hubby tengah pakai pc..
takleh nak godek2 sangat..
tulisan kecik sangat.. hehehe

Thursday 18 October 2012

aksi-aksi kami

hari ni aku malas nak taip panjang-panjang..
korang layan jer gambar yang aku snap semalam..






model scorebroad katakan.. kan aku dah kata.. diaorg ni jakun jumpa scorebroad.. hahah


ala-ala supermodel lah sangat kan? hahaha


dak sekor ni ntah kenapa.. cakap hai pun nak kena guna benda tu ker wan? hahah


diaorg ni org kuat DBKU.. hahahaha


ni cikgu aku dulu.. masa form 1 - form 3.. apesal lak aku nampak sanggatt gemuk ek?


aku upload gambar aksi2 staf jer dulu ek.. ternet slow lak.. nak upload masa pertandingan tak leh lak.. adoii.. kecewa nya patik.. hahahha














Pertandingan bola baling hari pertama


pertandingan ni anjuran sekolah kitaorang.. hujan lak mencurah2 jer pagi tadi.
aku lak snap gambar dari jauh jer.. tak sanggup nak turun padang..
padang lecak sangat.. dah lah pakai baju kurung dengan high heel nya..
tak nak lah mak nyahhh! hahahaha


padang yang basah dan berlumpur


semangat kesukanan.. redah jerr..


ni budak kejakunan main score broad.. hahahha


tengahari dah tapi masih ujan renyai


adoi.. lina.. sempat tdo ek? keeke

Tuesday 16 October 2012

Pertandingan Bola Baling Peringkat Sekolah

hari ni ada pertandingan bola baling peringkat sekolah.. tapi hujan turun mencurah2 lak..
takpe.. hujan rahmat ye tak? hek hek hek
esok2 aku muatnaik gambar ek.. pagi ni tak banyak ambik gambar..
snap guna tablet jer.. tak bawak kamera..
hehehe..
daa~

Monday 15 October 2012

sabah!

2 hari dah aku tak update.. rindu giler.. bukan apa.. hari sabtu yang lepas aku terseliuh bantal.. sakit kat antara bahu dengan tengkuk tu.. sampai takleh nak toleh kiri kanan.. nak jejalan pun hilang mood.. adoi!

aku ke sabah lepas raya puasa hari tu... kursus kat Intan Sabah selama 3 hari 2 malam.. (lama sungguh! pemaleh sunggoh budak nih nak apdat! kekeke) sebenarnya aku tak ingat kat mana aku letak pic aku ke sabah haritu.. nasib bait hubby yang simpan.. siap dia simpan kat externel hardisk nya.. pelik kan.. aku punyer pic.. hubby yang simpan.. bukan apa.. aku suka ambik gambar jer.. bila pat simpan2 gambar nih.. MALAS!.. hahaha..

ni masa feeling2 nak jadi macam yuna.. cehh.. hahaha



kat area ni cantik sangatt!


tenang jer kan? hehehe


malam hari pertama tu ktaorang g pasar filipin.. nasib baik roommate jue sudi temankan.. 




ni aku tak tau aper benda nih.. rasa2 nya isi tiram tu kot.. yang dah dikeluarkan dr cengkerang nya.. rasa2 nyer lah kan.. :p


1st time jumpa rumpai laut.. tetiba lak jadi jakun.. hahhaha


besar2 kan halianya.. buah2 semua segar..


cengkerang nih dah ready untuk dijadikan hiasan


posing kat pasar filipin.. seram jer posing si burney ni.. hahahah


ni kat tanjung aru.. happening giler kat sini..


kitaorang peserta dari sarawak.. semua lelaki... aku sorang jer pompuan.. =_="


cantik kan masjid ni.. Allahhuakbar!


masa ni aku kat dalam teksi ondaway ke airport.. 
sempat snap walaupun tangan tengah gigil.. hehe


okay.. cukup!.. aku nak g tidur.. ngantok yang amat.. esok nak kena bangun awal.. esok kan budak2 dah setat sekolah balik selepas seminggu PMR kan.. gud night!


Friday 12 October 2012

Selamat berhujung minggu!

Tak sempat nak update apa2 semalam.. Penyakit malas tetiba datang.. Hehe.. Hari ni sibuk lak.. Macam2 aktivit hari ni.. Huhu.. Pagi ni pegi rumah mentua.. Encik hubby nak g cuci kereta.. Kat rumah mak mentua senang sikit nak cuci.. Katakan jer lah nak jimat yer tak? Hahaha.. Tengahari sikit nak g hospital.. Ziarah mak saudara hubby masuk hospital sebab kanser usus tahap 3.. Petang sikit teman adik lelaki aku pergi beli tiket bas.. Sebab raya haji tahun ni aku ngan hubby tak balik.. Huhuhu.. Kesian arfan raya dengan mak nek dan pak nek.. Ayah dgn mama tak balik., huhuhu.. Pagi tadi siap2 buat bekpes.. Goreng nasik jer.. Cukuplah tu.. Buat alas perut.. Tak lah kebulur.. Hehehe.. Okaylah.. Kitaorg dah nak ke hospital.. Daa..

Wednesday 10 October 2012

Adam & Hawa



tak tau nak letak tajuk aper.. mendung jer pagi nih.. malas semacam jer..
hehehe.. semalam kena serang migrain sampai takleh bangun..
lepas makan malam terus telan pil lepas tu pengsan tak sedar2 sampai ke pagi..
nasib baik sedar dalam pukul 6.30pg.. hehhe
termenung jap kat katil teringat lak malam tadi tak sempat tonton cerita Adam & Hawa..
aku tak ikut cerita nih dari awal episod.. ingatkan tak best.. dulu pernah baca novel
cerita ni tapi entah lah.. macam tak best.. tak suka perempuan2 ego nih..
Ain Hawani ni kan perempuan ego kat dalam cerita nih..
tu pasal kot.. lebih2 lagi yang bawak watak Ain ni tak cun di mata aku..
lama2 aku tengok cerita nih.. makin cun lak.. hehehe
orang lain dah lama dah post sinopsis cerita nih..
aku jer lambat... tak per.. aku teruskan jugak.. hahaha


ADAM DAN HAWA (ASTRO)
SALURAN TV: Mustika HD
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MULAI: 27 Ogos ini
MASA: 10 Malam
PELAKON: Aoran aziz, NADIYA NISAA
EPISOD : 80 Episod



SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.




Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.


Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.



SINOPSIS VERSI NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.



Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.


 Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



meh layan OST Adam & Hawa




 gandingan suara hafiz dengan Dato Siti Nurhaliza ni memang meletop!



.

SUMBER ARTICLE : perekacerita & Youtube

Tuesday 9 October 2012

Ahmad Adam Syukri


semalam aku dapat berita yang baby adam masuk wad kecemasan..
sebab cirit birit.. kesian adam.. keadaan dia sangat lemah..
ibu adam masa tu dalam perjalanan ke kuala lumpur..
ada siaran lansung MHI.. mak aku cakap sambil2 tu ibu adam pergi survey 
tempat adam dirawat nanti.. ada sponser kata mak aku..
aku pulak yang gelisah dengan keadaan adam..
sehingga takleh nak wat apa.. bila tengok iklan MHI semalam terus jer aku menitis air mata..
Tuhan jer yang tahu kan..
Mudahan baby adam sihat dan berpeluang hidup seperti kanak-kanak lain..

takde apa yang dapat aku bantu kecuali berdoa dan bermonolog sendiri..
kata-kata ni yang selalu aku bermonolog bila tengok foto adam..
adam.. mak ktk ingin ktk bangun sayang.. mak ktk ingin nak dengar sora ktk sayang..
cepat-cepat sihat nak oo.. aunty sayang adam.. suma sayang adam walaupun 
sidak sik tauk sapa adam.. insyaAllah.. bila ada kesempatan.. aunty ngabas adam k?
tapi adam mesti kuat oo.. tunggu sampey aunty ngabas adam..

bantulah baby adam.. semoga Allah membalas jasa baik anda semua

NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
96100 SARIKEI SARAWAK


02040007292201 CIMB - Noraisyah Md Malena
161136331818 (MAYBANK)

nasi ayam goreng


semalam aku cuba resepi ni.. try test lah kan.. 
alhamdullillah.. menjadik jugak walaupun terpaksa derhaka dengan resepi..
kekeke.. sedap tau.. siap hubby bertambah lagi tuh..
bila tanyer.. "sedap tak sayang?" dia jawab..
" sedap.. kalo ada kari dhal dengan acar timun ni lagi mengancam.."
alaa.. kalo dibuat pun takde sapa pun nak makan..
hubby sorang jer.. yang selebihnya masuk tong sampah..
huhuhu..

kalo ada kesempatan esok kita taip resepi kat sini..
tak menang tangan lah hari ni.. banyak kerja..
buat pelupusan kat peralatan ICT..
ni kemas2 nak balik dah.. sempat lagi merewang kat blog.. hahaha..
okay.. daa..~


Monday 8 October 2012

good luck!


esok adikku yang bongsu menduduki peperiksaan PMR.. aku pulak 
yang nebes.. masa aku dulu bila exam, aku takleh tido malam..
nebes semacam.. hahaha..


giler tak tensen bila dah dekat exam ya tak? hahaha..
apa-apa pun.. selamat menduduki peperiksaan buat semua pelajar
yang menduduki PMR.. agar kalian sukses..
semoga hati dan jiwa kalian tenang..

buat pelajar SMK DEMAK BARU KUCHING..
kakak doakan kalian tenang dan dapat menjawab soalan..
jangan nebes2.. jangan gopoh jawab soalan..
semoga berjalan dengan lancar.. amin..

buat adik bongsuku NURUL NADRAH..
sebelum jawab soalan.. baca bismillah..
semoga berjaya dik!
kami sekeluarga harapkan kejayaan darimu..
insyaAllah..


SEMOGA BERJAYA! :)


Sunday 7 October 2012

page baru adik adam




salam semua.. sebelum ni aku ada bercerita pasal baby adam ni.. seminggu dah aku check kat page dia, takde perkembangan.. so aku pikir mungkin ada masalah talian internet kot.. tu yang takde update tu.. rupa-rupanya page baby adam kena hacked.. astaga.. page org dalam kesusahan pun nak dihacked.. kenapalah manusia sekarang nih.. insaflah oi.. mereka memerlukan bantuan.. bukannya ditambah kesusahan.. takpe.. selalunya DOA ORANG DALAM KESUSAHAN NI TERMAKBUL.. kazen aku ada bagi link page baru untuk baby adam.. semoga dilindungi.. http://www.facebook.com/pages/Ahmad-ADAM-SYUKRI-SN/189674197835694?fref=ts boleh like kat link nih.. thanks kak sayla..hehe..  sehari tak dengar perkembangan adam rindu giler.. dah anggap macam anak sendiri.. semoga Allah mendengar doa-doa kami.. Amin.. PRAY FOR ADAM






Saturday 6 October 2012

untuk sang isteri..

tengah aku jejalan kat blog ke blog tadi.. aku terbaca benda ni..untuk panduan kta sesama lah kan..
manusia ni kadang2 lalai..tak salah lah kan kta berkongsi sesama kta..ni pasal isteri mithali..mudahan aku tergolong dalam golongan ni.. amin.. 



1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.
2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.
 3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.
 4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.
 5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.
6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.
 7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.
 9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.
 11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.
12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.
13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.
15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.
16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.
17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.
18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.
19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.
20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.
 21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.
22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.
24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.
25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur. 2
6. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.
27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta’awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 ‘Qul’.
29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.
30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.
31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.
 32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.
33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.
34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.
35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.
36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.
37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.
38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.
39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.
40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
 41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.
42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.
43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.
 44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.
45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.
46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita. 47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.
49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita. 50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin


Selamat Hari Lahir



hari ni tetiba lak nak ucap HAPPY BIRTHDAY kat kawan2..
Sebelum ni jarang wish.. bukan apa.. takde masa nak taip panjang2 kat wall FB..
tetiba rajin lak hari ni kan..




SELAMAT HARI LAHIR!!
semoga Allah berkati hidup kalian
agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..
amin amin amin..


sila tiup lilin dengan semangat.. 1...2..3.. tiup! kekeke





Friday 5 October 2012

Each a cup

Ni pasal jakun jumpa each a cup kat the spring.. Sebelum ni aku salu beli each a cup kat boluverd.. Lepas lunch semalam aku cakap kat hubby nak g taikong kat sebelah kfc.. So kta jalan2 kat situ.. Tak sedar selama ni each n cup wujud kat situ.. Tu yang tiba2 jadi jakun tu.. Hahahaha..  sebelum ni salu gak tanya kat hubby, nak tak? Mesti jawapannya.. batuk ni haa.. Iyolahh.. Takpe.. Den minum sorang2.. Hehe

Tapi petang semalam hubby tiba2 lak kata nak jugak.. So.. Aku order ice blended caramel with coffee jelly.. Hubby lak nak choclate oreo with puding.. Frust gak hari tu big pearls dah abis.. Aku suka minum benda ni sebab big pearls tu lah.. Dah setengah aku sedut baru teringat... Aku kan migrain.. Takleh minum kopi dulu.. So.. Aku sedut sampai habis.. Rugi tau.. Ingat nak buang ye tak.. Takde maknanya aku nak buang.. Hahahha.. Bila dah petang sikit barulah migrain aku menyerang balik.. Dalam hati tu menyesal gak sedut benda alah tu.. Tapi menyesal tu sekejap jer.. Kekeke




ni booth diaorang berdepan dengan KFC 


tu menu diaorang.. segan nak snap dekat2.. kang diaorang kata aku jakun..
kalo aku sendiri cakap aku jakun takpe.. hahahha

Thursday 4 October 2012

salam jumaat!

tak tau nak taip apa hari ni.. korang layan jer gambo kat bawah tu.. hehehe



konon2nya nak beli sos black pepper jer.. sekali angkut benda lain lak.. dasar boros! hahahah


ni masa bulan puasa haritu.. tengah tunggu masa berbuka.. hubby intrepem...
nampak tak atas meja tu.. sampai penuh.. dah tak tau mana lagi nak letak pizza..
tamak tol! hahahaha



me wit my sista in law.. dia ni paling rapat dengan ktaorg.. baru 21 tahun.. pomot nampak.. ;p


my liltle boi.. ni gamba masa raya.. ni nak pegang kamera gak.. 
mcm ayah katanya.. mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi ye tak?