Wednesday 7 November 2012

Lasagna

maaf ek.. Aku tenggelam timbul jer kebelakangan ni.. Tiba2 lak penyakit malas tu menyerang..btu lah pasal blog tak apdet.. Kekeke.. Hari ni aku post resepi lasagna jer eh sebab kawan aku, ainee muntak resepi ni.. Ni salah satu resepi yg agak mahal lah.. Bukan apa.. Cheese digunakan mahal.. Satu bungkus kecil cheese parmesan rm20++.. Kalo setakat nak melepas gian boleh lah.. Hihihi
Bahan utama
Kepingan lasagna
Bahan2 untuk inti
Sos prego
Sebungkus daging / ayam cincang
Cendawan butang ( dihiris )
Black pepper
Serbuk oregano ( tak letak pun takpe )
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar(dicincang)
Keju mozarella
Keju parmesan
1 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Bahan2 sos putih
2 keping Cheddar cheese
2 sudu makan butter
250ml susu segar full krim
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Cara membuat inti
Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. Aku guna minyak zaitun.. Tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau.. Masukkan daging atau ayam cincang.. Gaul sehingga warna daging bertukar.. Kiranya macam dah masaklah.. Tuangkan sos prego.. Gaul sebati kemudian masukkan garam secukup rasa.. Masukkan serbuk oregano, cendawan butang, sos cili dan black pepper.. Siap!
Cara membuat sos putih
Cairkan butter, masukkan tepung gandum.. Gaul sebati.. Pastikan api kecil.. Gaul sehingga tidak berketul.. Masukkan susu, kemudian masukkan cheddar cheese.. Gaul sehingga cheese tidak kelihatan(cair).. Akhir sekali masukkan garam. Tunggu sehingga likat barulah api ditutup..
Cara melapis lasagna
Panaskan air untuk merebus kepingan lasagna.. Rebus sekejap kepingan tersebut untuk melembut kepingan lasagna.. Bila kepingan direbus terlebih dahulu cepat lasagna masak.. Selepas direbus, susun kepingan lasagna didalam loyang.. Susun sehingga menutup loyang.. Saiz loyang terpulang.. Sukati korang.. Kalau nak guna yg besar pun boleh.. Selepas susun korang tabur lak inti daging tadi.. Kemudian tuangkan sos putih. Tuang biar kasi banjir.. Hehe.. Taburkan cheese parmesan dan mozarella.. Ulang balik cara yang sama.. Sukati korang nak buat berapa layer.. Standard 3 layer.. Make sure oven dah dipanaskan dulu dengan suhu 180 celslus selama 30-40 minit.. Dah siap! Hehehe

s

No comments:

Post a Comment