Friday 4 August 2017

Ketam masak telur asin (salted egg crab)






Salam dan selamat pagi all!!🤗🤗

Pagi ni nak share sikit resepi salted crab.. ni dinner semalam.. cousin balik dari laut bagi ketam, sotong dan ikan.. tiap2 bulan tak yah lah nak g market dh kalau dia suruh pegi ambik ikan.. alhamdullah rezeki.. semoga dia dimurahkan rezeki..

Okay.. bahan2nya

1kg ketam
2tangkai daun kari
5ulas bawang putih (hiriskan)
5biji cili padi(nak letak lebih pun takpe)
3 sudu mentega
1cawan susu cair ideal
2biji telur masin (direbus dan dihancurkan dengan garfu)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung jagung
Sedikit secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak

Cara2nya pulak

Gaulkan ketam dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan secukup rasa. Kemudian goreng sebentar kemudian angkat dan asingkan ke bekas lain.
Kemudian panaskan kuali.. tuang minyak masak dalam 1 senduk (ni dapat tips dari tukang masak seafood) kemudian masukkan mentega.. biarkan cair baru masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi.. tumis hingga naik bau.. kemudian masukkan telur masin dan susu cair.. gaul hingga rata.. kemudian masukkan gula dan ketam yang telah digoreng tadi..

Dan sekarang tengah pikir pulak nak masak apa dengan ikan dan sotong nihh.. 😅😅😅

Wednesday 2 August 2017

Resepi fudge brownies

Salam semua.. lama giler tak update blog kan? Hhaah.. dr anak cuma sorang skarang dh 3 org.. hehe.. malam ni nak update sebab nak belanja lah satu resepi brownies yg saya buat untuk niaga.. nak panjangkan pahala lak yer tak? Hehehe

Bahan2nya:

3biji telur
135gm butter
225g coklat masakan
220g tepung gandum
225g gula halus
35g serbuk koko
1sk baking powder
1sk esen vanila

Cara2nya:
Cairkan butter dan coklat masakan.. guna kaedah double boiler. Kemudian biarkan sejuk seketika. Asingkan. Dlm bekas berlainan, pukul telur, gula halus dan esen vanila sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan butter dan coklat masakan.. dan bakar selamak 30minit dalam suhu 150°c.. dah siap.



Ni letak topping coklat kitkat.. tak yah tanya apa perasaan ketika kunyah nihh..😂😂😂

Okay sekian.. 👋👋

Sunday 24 February 2013

runningman


ni aku dengan tshirt runningman.. fanatik btol aku dengan runningman semenjak pegnen nih.. dulu minat gak tapi ni melampau2 sampai sanggup rekod setiap episod runningman.. sampai penuh dah memori kat astro.. husband pun dah bising bagitau memory tu nak full.. kekeke.. tu belum lagi aku dengan tab.. setiap malam aku layan dulu runningman sebelum tdo.. adoiyai..

masa aku pegnen yg 1st dulu aku fanatik dengan cerita boy over flower.. tu lagi dasyat.. ulang sampai berkali2.. hahaha.. 


ni lee kwangsoo.. aku minat dia sebab dia selamber dgn lawaknya.. hahha



nih kang gary a.k.a leessang.. aku suka sikap dia yg romantik dengan song jihyo.. ;p


masa ku tengah apdet nih pun aku tengah tengok runningman.. nasib baik husband aku paham.. kadang2 dia pun ikut layan.. hehehe



Saturday 23 February 2013

hai!

lama giler aku tak apdet blog.. semenjak pegnen ni malas betul nak menebas segala lalang kat blog nih.. huhuhu.. lagipun alahan aku masa pegnen ni tak macam yang first dulu.. yg kedua ni teruk sangat alahan nya.. lembik semacam.. agak-agaknya yang ni baby girl kot.. amin.. hehehe.. 



ni masa 2 minggu lepas aku bleeding.. dalam 2 bulan mcm kot.. hihihi


mudahanlah aku selamat dan mudah jer nak bersalin nanti ek.. due aku 1 ogos nih.. doa2kan lah yer.. :)

Friday 9 November 2012

crochet brooch!


kalau korang tau.. aku dah ada hobi baru
mengait brooch.. macam2 design aku cuba buat..
aku cuba gak jual sikit2 kat sekolah..
ada gak peminat crochet brooch kat sekolah aku tu..
laku jugak lah kan..
rasa bebaloi gak bila menghadap benda alah tu dapat pulangan..
masa cuti sekolah ni ada kurang aku nak jalankan projek ni..
sibuk dengan 5s.. pengetua baru kitaorang ni 5s orangnya..
so.. kena gak turutkan jugak.. hihihi

so korang layan gambar nih..
kalo nak buat tempahan korang boleh add aku kat pesbuk aku..
korang klik jer nih.. miejaboboo







Wednesday 7 November 2012

Lasagna

maaf ek.. Aku tenggelam timbul jer kebelakangan ni.. Tiba2 lak penyakit malas tu menyerang..btu lah pasal blog tak apdet.. Kekeke.. Hari ni aku post resepi lasagna jer eh sebab kawan aku, ainee muntak resepi ni.. Ni salah satu resepi yg agak mahal lah.. Bukan apa.. Cheese digunakan mahal.. Satu bungkus kecil cheese parmesan rm20++.. Kalo setakat nak melepas gian boleh lah.. Hihihi
Bahan utama
Kepingan lasagna
Bahan2 untuk inti
Sos prego
Sebungkus daging / ayam cincang
Cendawan butang ( dihiris )
Black pepper
Serbuk oregano ( tak letak pun takpe )
5 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar(dicincang)
Keju mozarella
Keju parmesan
1 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Bahan2 sos putih
2 keping Cheddar cheese
2 sudu makan butter
250ml susu segar full krim
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
Cara membuat inti
Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. Aku guna minyak zaitun.. Tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau.. Masukkan daging atau ayam cincang.. Gaul sehingga warna daging bertukar.. Kiranya macam dah masaklah.. Tuangkan sos prego.. Gaul sebati kemudian masukkan garam secukup rasa.. Masukkan serbuk oregano, cendawan butang, sos cili dan black pepper.. Siap!
Cara membuat sos putih
Cairkan butter, masukkan tepung gandum.. Gaul sebati.. Pastikan api kecil.. Gaul sehingga tidak berketul.. Masukkan susu, kemudian masukkan cheddar cheese.. Gaul sehingga cheese tidak kelihatan(cair).. Akhir sekali masukkan garam. Tunggu sehingga likat barulah api ditutup..
Cara melapis lasagna
Panaskan air untuk merebus kepingan lasagna.. Rebus sekejap kepingan tersebut untuk melembut kepingan lasagna.. Bila kepingan direbus terlebih dahulu cepat lasagna masak.. Selepas direbus, susun kepingan lasagna didalam loyang.. Susun sehingga menutup loyang.. Saiz loyang terpulang.. Sukati korang.. Kalau nak guna yg besar pun boleh.. Selepas susun korang tabur lak inti daging tadi.. Kemudian tuangkan sos putih. Tuang biar kasi banjir.. Hehe.. Taburkan cheese parmesan dan mozarella.. Ulang balik cara yang sama.. Sukati korang nak buat berapa layer.. Standard 3 layer.. Make sure oven dah dipanaskan dulu dengan suhu 180 celslus selama 30-40 minit.. Dah siap! Hehehe

s

Sunday 28 October 2012

Aktiviti cuti

Maaflah.. Lama betul tak update blog.. Bz dengan macam2 aktiviti.. Hari khamis haritu bos kitaorang bagi cuti setengah hari.. Punya lah satu opis gembira.. Bukan apa.. Sebab hari jumaat tu kan hari raya haji.. So diberi pelepasan lah kan.. Aku lak ambik kesempatan cari baju untuk dinner 2 november ni.. Hehehe.. Malam tu pulak aku sibuk wat kari bagai.. Pestaim buat sendiri untuk hari raya.. Selalunya mak aku yg jadi guide.. Sebab tak balik kampung kan.. Padan lah muka.. Hehehe.. Hari jumaat tu aku dengan hubby pagi2 dah ke rumah mak mentua aku.. Sebab hubby nak sembahyang kat masjid perumahan mak dia.. Aku ikut jer lah kan.. Huhuhu.. Abis jer makan2, sembang2.. Kitaorg g jalan2 kat boulevord dan the spring.. Saja jer cuci mata.. Windows shopping ckit.. Hehe.. Yang peliknya.. Org lain sibuk dengan kari ketupat.. Kitaorang lak g makan lagi kfc.. Tak jemu lansung.. Haiyaa.. Sampai ke malam aku dan hubby berjalan.. Penat tau.. Hari sabtu lak hubby keja.. Katanya ke site.. Aku lak dah ready wat plan nak g ambik hook crochet dgn kawan aku.. Pegi mall beli ayam sebab dah plan nak wat ayam rosemary.. Singgah sat kat sekolah sebab kawan opis mintak tolong atur internet.. Lepas tu g beli benang kait.. Yang satu hal aku beli sampai 17 jenis.. Nak pulak naik skuter.. Korang mejinlah.. Dengan brg2 yang aku beli kat mall.. Dengan benang aku lagi.. Botol olive oil aku lak berbunyi ketang ketung sbb berlanggar dengan botol season all aku.. Korang mejin lah sendiri.. Hahaha.. Petang tu pulak aku dengan hubby jalan2 sekitar kenyalang park.. Sebab kawan aku cakap kat situ ada kedai benang.. Aku lak exticed giler bila jumpa kedai tu.. Hihihi.. Pagi ahad lak aku sibuk pujuk hubby aku suruh bawak pegi pasar minggu.. Nak cari ketam katanya tp tak jumpa.. Frust sangat tau.. Huhuhu.. Tengahari lak dapat jemputan abang ipar aku.. Diaorang wat birthday party untuk anaknya yang sama baya dengan arfan.. G cari lak hadiah untuk si rayyan.. Aku beli sekali untuk arfan.. Hehehe.. So hari ni aku cuti masak.. Tapau jer kat scr.. Kekeke.. Lepas birthday party aku dengan hubby cepat2 g kuching central ambik adik aku baru balik dr kampung.. Lepas tu hantar dia kat Ikm.. Lepas tu hubby ajak g umah mak mentua aku.. Aku lak dah surrender.. Dah penat sangat.. So aku tggal kat umah.. Aku masak simple2 jer untk dinner tadi.. Tak larat dah.. Kekeke.. Panjang gak cerita aku nih.. Ni cerita untuk 4 hari.. Sekian.. Hahaha